Friday, June 21, 2013

Resepi Biskut Sarang Semut Tradisional



Kepada anda yang tercari resepi tradisional
biskut sarang semut.. ni dia..chef obie kongsikan
kepada anda semua...
selamat mencuba...
chefbiskut... love it!


BISKUT SARANG SEMUT


180 gm butter, lembut ke suhu bilik
1/2 cawan gula castor
180 gm tepung gandum



1 cawan tepung kastad
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil vanilla essence
secubit garam

Cara-cara

1- Pukul butter dan gula sampai kembang.

2- Masukkan vanila, kacau rata dan masukkan tepung, tepung kastad, dan baking powder. Gaul dan uli dengan tangan sehingga menjadi doh.

3-Bahagikan doh kepada beberapa bahagian,perlukan saiz sederhana bagi memudahkan sewaktu memarut nanti, bungkus @ wrapping setiap bahagian doh dengan cling film dan bekukan dalam freezer.

4- Apabila telah beku boleh la di parut halus, sudukan dalam paper cup saiz kecil, isi dengan penuh sebab lepas masak doh akan kecut sikit dan taburkan chocolate rice sebagai hiasan.

5- Bakar pada suhu 175C-180C selama 8-10 minit / sehingga masak.

Wednesday, June 19, 2013

Tempahan Biskut Raya Chefbiskut 2013



Selamat Datang ke blog chefbiskut,


Terima Kasih kerena sudi melawat blog chefbiskut yang masih baru ni..
Untuk pengetahuan anda semua, chefbiskut dah lama dalam..
menjual dan menghasilkan biskut yang sedap-sedap dan berkualiti..
Insyaallah akan memuaskan selera peminat biskut-biskut raya di Malaysia ni...
chefbiskut pakar dalam membuat biskut tat pelbagai jenis baik tradisional mahupun yang moden,
tak kira lah untuk biskut pada hari raya aidilfitri mahupun untuk pelbagai
majlis dan temanya.

Biskut kacang Mazola chefbiskut juga menjadi pilihan pelanggan...

Kepada anda yang tercari-cari biskut dan ingin menjadi ajen / pengedar / mahupun pembeli..
boleh hubungi ditalian 017 2260719.
Harga yang berpatutan sesuai dengan bahan-bahan yang berkualiti digunakan
dalam proses pembuatan biskut- chefbiskut

Lokasi - Ampang ( Bandar Baru Ampang )

boleh PM/ msg /email

email: gunawan.jamil@gmail.com
hotline : 017 2260719

Karikatur , Naive Dan Kartun Pilihan Seni Lukis Chef Obie 2024

  Karikatur , Naive Dan Kartun Pilihan Seni Lukis Chef Obie 2024 Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera Setiap dari kita diberi pengalaman &...