Thursday, June 1, 2017

RESEPI KUIH TALAM LAPIS KACANG MERAH

Masuk 7 Ramadhan , chef updated awal sikit la , lepas tarawikh open lappy , dan masih di ICU / CCU Hospital Banting ...petang tadi ade citer sedih tau..kucing chef yang nama memey tu..bersalin..tanpa chef di sisi . memey lahirkan 4 ekor anak yang comel tapi sayang seekor telah mati..R.I.P akibat lemas ..si memey tak perasan masa die menyusukan anaknye..yang seekor tertindih lemas.
Jawabnya chef terpaksa jadi undertaker.Apa pun memey dah diberi tempat yang selesa bersama 3 ekor anaknye..Dan Bapak kepada anak-anak memey ni ..ialah Si Keju... 
Jage kau Keju..buat muke tak bersalah aje...bile mase agaknye ko buat project ni ea?#@&!

Berbalik kepada Resepi yang nak chef sharingkan...
Iaitu untuk hakak-hakak , makcik-makcik , abang long yang berminat nak membuat kuih talam untuk berniaga mahupun untuk family..disini chef kongsikan resepinya...




Resepi Kuih Talam Lapis Kacang Merah Untuk Berniaga atau Untuk Family




Bahan

Gunakan Loyang 11 inci x 11 inci

( A )

525 gm Gula Castor / halus
1100ml Air
5 helai daun Pandan ( digunting pendek )



( B )

1 pkt ( 500 gm ) Tepung Beras ( Cap Teratai )
50 gm Tepung Ubi
1 ½ sudu kecil Garam Halus
500 ml Santan Pekat
1100 ml Air



( C )



300 gm Kacang Merah Kecil direndam 1 malam , basuh , rebus hingga empuk kemudian timbang selepas direbus.

Pewarnna Pink

Cara Penyediaan :

1.Masak Bahan ( A ) sehingga mendidih.

2.Satukan semua bahan ( B ) dan campurkaan dengan bahan ( A ).

3.Bahagikan kepada 2 bahagian.

4.Pastikan putih 800 ml.

5.Selebihnya untuk warna merah ( Rose pink lebih kurang 4 @ 5 titik )

6.Mulakan melapis 500 ml merah , 400 ml putih , 350 ml merah, Dikukus setiap satu lapis lebih kurang 5 minit.

7.700 ml merah + kacang merah ( dikisar sekejap aje ) kemudian kukus 7 minit.

8.350 ml merah, kukus 5 minit.

9.400 ml putih dikukus 5 minit.

10.350 ml merah yang ditambahkan sedikit lagi pewarna. Kukus hingga masak.

* Lap atas kuih sekiranya terdapat lebihan air wap

Gunakan plastik yang disapu minyak / marjeri dalam loyang – bagi memudahkan mengeluarkan kuih talam yang dikukus dalam Loyang, potong menggunakan pisauplastik @ pisau potong kek birthday.
Resepi Kuih Lapis Kacang merah ini Chef Obie telah menggunakannya semenjak 2004 semasa chef obie berkhidmat di Kuala Lumpur Inflight Catering Services KLAS KLIA.
Sila gunakan resepi ini sebaik mungkin, resepi ini sesuai untuk berniaga .Semoga kite same-same mendapat kebaikan.Jangan lupa dapatkan ebook masakan dan baking chef obie ..sila ke link yang diberi

GEDUNG RESEPI DAN BUKU
GEDUNG RESEPI DAN BUKU
*Pembeli ebook Masakan & Baking Juga Dibuka Untuk Pembeli dari Indonesia , Singapura Dan Brunei Selain Pembeli Malaysia
Pembeli Boleh menggunakan perkhidmatan Western Union Selain Bank.

Sila whatsapp 60172260719 chef obie

No comments:

Post a Comment

Karikatur , Naive Dan Kartun Pilihan Seni Lukis Chef Obie 2024

  Karikatur , Naive Dan Kartun Pilihan Seni Lukis Chef Obie 2024 Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera Setiap dari kita diberi pengalaman &...